top of page
  • Writer's picturePractitioner Foo Yen Lee符雁丽医师

Kecederaan akut sukar dicegah, apa yang perlu dilakukan!

Kita semua mempunyai pengalaman ini, kaki kita terpusing secara tidak sengaja, sakitnya tidak serius dan kita masih boleh berjalan semasa itu. Berapa jam kemudian, kawasan yang terseliuh itu bengkak dan sakit, lebih lagi tidak boleh berjalan pun.

Sekiranya kita menghadapi situasi sedemikian, benar-benar ingin menghilangkan bengkak itu secepat mungkin, supaya boleh meneruskan kehidupan biasa kita. Untuk menyelesaikan masalah, kita mesti bermula dengan memahami punca masalah tersebut. Mari kita terangkan secara ringkas, apakah kecederaan fizikal akut?


Punca Kecederaan Akut

Kecederaan fizikal akut berlaku bukan sahaja disebabkan oleh terseliuh secara tiba-tiba, tetapi sebablah postur yang tidak betul, dan juga penggunaan berlebihan yang berulang. Contohnya, senaman yang kerap dan berat, atau serangan akut selepas kecederaan kronik.


Kecederaan akut boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan, menyebabkan bengkak, sakit dan pergerakan terhad akibat kesakitan. Keterukan lain daripada kecederaan bahagian dan tisu yang terlibat. Kes yang paling serius adalah patah tulang dan terkehel sendi. Selain daripada itu, kecederaan juga melibatkan ligamen, tendon, atau otot.


Bagaimana untuk menguruskan kecederaan akut?

Selepas memahami sebabnya, apakah yang perlu kita lakukan apabila kecederaan akut berlaku? Pertama, kompres ais boleh melegakan kesakitan dalam masa 24 jam, dan jangan tergesa-gesa untuk mengurut, ini boleh mengelakkan pendarahan dan bengkak bertambah teruk disebabkan oleh kerosakan saluran darah dalaman. Sekiranya bengkak amat teruk, disyorkan untuk mengambil X-ray untuk memeriksa keadaan tulang.


Kedua, rawatan yang berkesan adalah untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang disasarkan. Selepas kecederaan 24 jam, kompres hangat tempatan, ubat-ubatan atau pendarahan boleh digunakan untuk membantu mengurangkan bengkak, manakala urutan,akupunktur dan Terapi Gelombang Akustik(AWT) bagus untuk melegakan kekejangan otot dan tendon, dan boleh merawat kecederaan ligamen.


Akhir sekali, penjagaan selepas kecederaan adalah paling kritikal. Apabila kesakitan dan bengkak tempatan jelas, anda boleh menggunakan ubat dan pembalut untuk menyokong dan mengelakkan penggunaan berlebihan tempatan, untuk mengurangkan kerosakan tisu selanjutnya.


Secara amnya, masa pemulihan kecederaan akut mengambil masa 1-3 bulan. Mendapatkan rawatan secara upaya boleh mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan keadaan yang lebih teruk. Harap semua orang beri perhatian semasa berjalan, mengelakkan perubahan postur yang dadak atau senaman berlebihan yang boleh menyebabkan terseliuh akut.


Pasukan Yongkang mendoakan semua orang selamat dan sihat.



bottom of page