top of page
Writer's picturePhysician Lim Chen Sing | 林晨欣

Akupuntur Muka Akan Bersifat Sementara Atau Menjadikan Anda 10x Lebih Muda

Dengan peningkatan taraf hidup, taraf kita terhadap 'kecantikan' juga semakin tinggi. Ramai orang yang bermasalah dengan penampilan kedutan memilih estetika perubatan untuk memenuhi keinginan mereka terhadap kecantikan.


Faktor yang menyebabkan kedutan

  • Penuaan kulit;

  • Diet;

  • Emosi;

  • Keadaan cuaca dan sebagainya

Program estetika perubatan yang biasa digunakan

Suntikan Botox adalah kaedah yang popular dalam estetika perubatan untuk pengurangan kedutan, ia menggunakan toksin botulinum untuk menyekat penghantaran isyarat antara saraf dan otot, membolehkan otot yang terlalu mengecut untuk berehat.


Selain itu, akupunktur telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun ini, kerana ia tidak berbahaya dan boleh menyihatkan badan. Akupunktur adalah penggunaan jarum akupunktur pada titik akupunktur yang tertentu, ia dapat mempercepatkan metabolisme badan dan peredaran darah muka untuk mencapai kesan kecantikan. Pada masa yang sama, menusuk jarum pada kulit muka boleh meningkatkan produksi kolagen kulit untuk menghasilkan kulit yang tegang dan elastik secara semula jadi. Akupunktur bukan sahaja boleh digunakan untuk menghilangkan kedutan, malah ia juga boleh digunakan untuk mencerahkan bintik-bintik di wajah, menghilangkan jerawat dan melangsingkan badan.


Namun, apakah perbezaan antara suntikan Botox dan akupunktur muka? Marilah kita lihat perbezaannya!

Program

Suntikan Botox

Akupunktur muka

Simptom

Toksin botulinum digunakan untuk menghilangkan kedutan dan mengecilkan muka.

​Akupunktur membantu untuk menghilangkan kedutan, merawat kulit tidak tegang, jerawat, edema, kantung mata bengkak dan warna kulit yang tidak sekata. Ia boleh merawat masalah kulit yang lebih banyak.

Keselamatan

Toksin botulinum untuk rawatan estetik memerlukan kelulusan bagi penggunaan yang selamat. Oleh itu, ia adalah amat penting untuk memilih klinik atau hospital yang mempunyai kelayakan tersebut.

​Di bawah operasi pakar TCM yang profesional, kedalaman dan sudut setiap titik akupunktur perlu memenuhi syarat tertentu. Selain itu, jarum yang digunakan adalah jarum besi tahan karat yang steril, dan ia perlu dibuang selepas guna. Oleh itu, ia amat selamat untuk digunakan.

Kontraindikasi

Suntikan toksin botulinum adalah kontraindikasi kepada pesakit yang mempunyai penyakit neuromuskular dan wanita yang sedang hamil atau menyusu. Selain itu, bagi mereka yang sedang mengambil ubat yang boleh meningkatkan kesan toksin botulinum, seperti quinine dan antibiotik aminoglikosida, harus digunakan dengan berhati-hati.

Perhatian diperlukan bagi pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes (boleh beroperasi jika dikawal dengan baik), epilepsi, hepatitis dan penyakit kardiovaskular. Selain itu, mereka yang pernah menjalani pembedahan muka, perundingan dengan doctor pembedahan anda diperlukan, dan biasanya akupunktur muka boleh dilakukan setahun selepas pembedahan. Di samping itu, bagi mereka yang pernah membuat suntikan asid hyaluronik atau Botox, perundingan dengan doktor diperlukan. Secara amnya, akupunktur muka boleh dilakukan sebulan selepas suntikan.

Kesan sampingan

Jika dos suntikan terlalu tinggi atau kawasan yang disuntik terlalu luas, ia boleh menyebabkan muka yang kaku, kehilangan ekspresi muka, wajah semakin kendur atau kelopak mata jatuh.

Akupunktur adalah kaedah yang lebih selamat. Untuk wajah, ia mempunyai banyak pembuluh darah kecil, sesetengah pesakit mungkin mengalami lebam pada titik akupunktur selepas rawatan namun ia boleh dirawat dengan menggunakan hirisan kentang atau putih telur untuk mengurangkan lebam dan biasanya ia akan mereda dalam seminggu tanpa gejala yang lain.

Harga

RM800-2400

RM250-RM1600

Di samping itu, akupunktur boleh digunakan bersama dengan herba TCM secara oral atau topikal untuk mencapai hasil yang lebih baik.


Apakah kelebihan lain akupunktur selain daripada pengurangan kedutan? Adakah kesannya bersifat sementara dan boleh kembali kepada keadaan asal?

Ia tidak akan kembali kepada keadaan asal. Kajian telah menunjukkan bahawa akupunktur pada titik akupunktur boleh mengaktifkan fungsi kulit, meningkatkan dan mengekalkan kelembapan serta keanjalan kulit.


Akupunktur muka di Klinik TCM Yong Kang boleh mencantikkan kontur muka, seperti dagu berganda yang disebabkan oleh bantal yang tinggi atau penuaan dan asimetri muka yang disebabkan oleh postur tidur. Keadaan ini boleh diperbaiki dengan akupunktur untuk memulihkan elastik kulit dan mengawal fungsi pengecutan otot.


Klinik TCM Yong Kang juga mempunyai rawatan seperti:

  • Rawatan anti penuaan: Sesuai untuk masalah muka kendur (kulit tidak tegang), kulit kusam (kulit tidak berseri-seri), tona kulit tidak sekata, asimetri muka, lingkaran hitam bawah mata, kekurangan elastisitas kulit, dll.

  • Rawatan dermatologi: Sesuai untuk masalah jerawat, pigmentasi, ekzema (gatal, kering dan kemerahan kulit), kayap (penyakit kulit berupa bintik-bintik merah dan gatal), dll.


Akhirnya, bagaimanakah kita boleh mencegah perkembangan kedutan?

1. Perlindungan dari matahari: Pendedahan kepada matahari mudah menyebabkan kulit menjadi kering, nipis dan kehilangan elastisitas, dan secara lama-kelamaan akan mengalami kedutan. Oleh itu, ia adalah penting untuk melindungi kulit kita dari sinaran matahari terutamanya semasa berada di luar rumah.

2. Waktu kerja dan rehat yang teratur: Tidur siang dan berjaga malam, atau sering tidur lewat dapat mengganggu metabolisme kulit, membawa kepada kulit kusam, bintik-bintik dan kedutan.

3. Pengurusan terhadap tekanan: Tekanan boleh menyebabkan ketegangan mental, sering menunjukkan ekspresi kesedihan, ketegangan, dan lain-lain pada muka boleh menghasilkan kedutan menegak atau mendatar.



Comments


bottom of page