top of page
  • Writer's picturePhysician Lim Chen Sing | 林晨欣

Perubatan Tradisional Cina Boleh Keguguran Rambut

Bagaimanakah Perubatan Tradisional Cina membantu dalam keguguran rambut?

Dengan perubahan zaman dan rentak kehidupan yang semakin pantas, ramai rakan muda menghadapi masalah keguguran rambut. Menurut kajian, bilangan orang yang mengalami keguguran rambut telah meningkat selepas pandemik, 22% pesakit COVID menghadapi masalah keguguran rambut selepas pemulihan. Ini berkait dengan mental stres atau tekanan selepas pandemik, bagaimana kita boleh mengatasi masalah keguguran rambut?



Adakah keguguran rambut saya normal?

Pertumbuhan rambut kita dibahagikan kepada fasa anagen (pertumbuhan), katagen (degeneratif), dan telogen (berehat). Secara amnya, rambut dalam fasa katagen dan telogen gugur secara semula jadi, jadi rambut akan gugur dalam 60-100 helai sehari.

Jika anda terdapat bahawa rambut anda semakin menipis, banyak rambut tercabut apabila ditarik secara perlahan, rambut gugur di atas bantal meningkat, atau muncul tompok botak di atas kepala, keguguran rambut dan bulu badan, maka anda harus mendapatkan bantuan dari doktor pakar.


Apakah puncanya?

Dari perspektif Perubatan Tradisional Cina (TCM), darah adalah bahan yang membekalkan nutrien untuk seluruh badan, dan “rambut adalah lebihan darah”, merujukkan bahawa rambut dipelihara oleh esen dan darah yang disimpan dalam hati (liver) dan buah pinggang (kidney). Selain itu, limpa (Spleen) mempunyai fungsi untuk menjana darah dan jantung (heart) mempunyai fungsi untuk mengawal pengedaran darah, ini juga merupakan kunci untuk membekalkan nutrien kepada folikel rambut. Oleh itu, patogenesis keguguran rambut berkait dengan organ Zang-fu dalam teori TCM.


Punca rambut gugur:

  • Emosi: Emosi seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan boleh menjejaskan fungsi penyebaran dan pelepasan hati, menyebabkan Qi-stagnasi (tenaga badan tidak lancar) dan tidak dapat mengawal darah. Apabila peredaran darah lemah, darah di kawasan kepala akan dikurangkan, apabila diserang oleh patogen angin, ia akan menyebabkan keguguran rambut.

  • Diet: Diet yang tidak seimbang akan membebankan limpa, disfungsi limpa akan menyebabkan kelembapan dan kepanasan (damp-heat) terkumpul di dalam badan. Ini akan menghalang pertumbuhan rambut dan menyebabkan keguguran rambut.

  • Kelemahan fizikal atau selepas bersalin: Kekurangan Qi (tenaga) dan darah dalam badan tidak dapat menyuburkan rambut menyebabkan rambut gugur.

  • Keturunan.

  • Stasis pada colleterals kepala.

Bagaimanakah perubatan tradisional Cina mencegah dan merawat keguguran rambut?

  • Herba TCM: Herba mempunyai kesan kuratif yang baik dan boleh diambil secara dalaman dan luaran. Dengan pengambilan secara dalaman, ia dapat pengkondisian badan pesakit, supaya folikel rambut mempunyai nutrisi yang cukup untuk menyuburkan rambut. Dengan menggunakan herba secara luaran, ia dapat membantu dalam kesihatan kulit kepala bagi mengelakkan keguguran rambut. Dalam klinikal, TCM mendiagnosis dan merawat keguguran rambut dengan menggunakan pembezaan sindrom. Mengikut sindrom yang berbeza, pilihan herba akan berbeza. Kaedah rawatan biasa adalah seperti di bawah:

    • Keguguran rambut yang disebabkan oleh fungsi penyebaran dan pelepasan hati terjejas: Rawatannya adalah untuk menenangkan hati dan menyebarkan angin, herba yang biasa digunakan adalah Chai Hu (Radix Bupleuri), Qiang Huo (Rhizoma et Radix Notopterygii), Chuan Xiong (Rhizoma chuanxiong) dan lain-lain .

    • Keguguran rambut yang disebabkan oleh kelembapan dan kepanasan dalam badan: Rawatannya adalah untuk menghilangkan kelembapan, herba yang biasa digunakan adalah Cang Zhu (Rhizoma Atractylodis), Chen Pi (Pericarpium Citri Reticulatae), Chang Pu (Sweetflag Rhizome) dan lain-lain.

    • Keguguran rambut yang disebabkan oleh kelemahan fizikal dan selepas bersalin: Rawatannya adalah berkhasiat darah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, herba yang biasa digunakan ialah Huang Qi (Radix Astragali), Dang Gui (Radix Angelicae Sinensis), He Shou Wu (Polygonum Multiflorum) dan lain-lain.

  • Keguguran rambut yang disebabkan oleh Stasis pada collaterals kepala: Rawatannya adalah untuk menggalakkan peredaran darah, herba yang biasa digunakan ialah Tao Ren (Semen Persicae), Hong Hua (Flos Carthami), Chi Shao (Radix Paeoniae Rubra) dan lain-lain.

  • Akupuntur: Akupunktur dapat membantu mengawal Qi (tenaga) dan darah Zang-fu dan meningkatkan aliran darah ke kulit kepala untuk merawat dan mencegah keguguran rambut.

  • Jarum Tujuh Bintang (Mei Hua Zhen): Jarum Tujuh Bintang adalah sejenis jarum kulit yang boleh merangsang kawasan pada permukaan kepala dengan mengetuk untuk menggalakkan peredaran Qi (tenaga) dan darah di kepala serta merangsang folikel rambut untuk mengelakkan keguguran rambut.



Comments


bottom of page